SAYANGILAH BUMI KITA
Pernahkah kita tersedar di manakah kita berada sekarang? Kita hidup di Bumi ini sejak kita dilahirkan,alam kanak-kanak ,dewasa sehinggalah kita meninggal. Sedarlah ,kita sangat banyak berhutang budi kepada Bumi.
Tetapi, berapa banyakkah perbuatan kita yang menyebabkan kerosakan pada Bumi samada secara kita sedar ataupun tidak. Oleh itu, kita perlu mengubah cara hidup yang boleh membawa kepada kerosakan pada Bumi. Janganlah kita merasa malu untuk melakukan perubahan yang boleh menyelamatkan Bumi kita.
Contohnya membuang sampah pada tempatnya.mengitar semula bahan buangan. Mungkin kita sudah bosan dengan kata-kata " BUANGLAH SAMPAH PADA TEMPATNYA". Kita mendengar kata-kata ini sejak kita kecil sampailah dewasa. Persoalannya, apakah kita sudah melakukan hal yang kita anggap sebagai perkara kecil sahaja. jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak. sampah yang besar mungkin kita nampak, tetapi sampah yang kecil seperti kertas, plastik atau bungkusan makanan , kita akan membuang begitu sahaja. walaupun pelbagai kempen telah disarnkan, namun keadaan masih tiada perubahan.
Hal ini bukan hanya dilakukan oleh kanak-kanak, tetapi juga oleh orang dewasa. Dalam hal ini,usia tidak mempengaruhi sikap seseorang ,yang penting adalah kesedaran individu itu sendiri. Jika seribu orang membuang sampah di tempat yang betul dan menjaga kebersihan, maka kawasan tersebut akan menjadi bersih begitulah sebaliknya.
Kesimpulannya janganlah memandang remeh perkara ini. Jadilah sahabat Bumi dan cintailah Bumi ini. Semoga jika kita telah
melakukan hal terbaik , Bumi ini kembali indah, sejuk,
segar dan udaranya nyaman sehingga kita semakin senang hidup di Bumi ini.
JADILAH SAHABAT BUMI!
Keadaan Bumi Sekarang
Lapisan ozon yang melindungi Bumi semakin nipis. Ini amat merbahaya bagi kehidupan di Bumi. Penderita penyakit yang disebabkan oleh semakin
tipisnya lapisan ozon di atmosfer semakin meningkat. Penyakit yang
dipengaruhi tipisnya ozon antara lain katarak, kanser kulit . Berdasarkan catatan WHO, pada masa ini terdapat 37 juta orang menderita
akibat buta dari sekitar 124 juta orang yang terganggu penglihatannya.
- Suhu Bumi kita dewasa ini sudah bertambah panas 0.5 derajat celcius
dibandingkan dengan bumi pada abad yang sebelumnya. Para ilmuan dan pakar
lingkungan telah memperhitungkan, bila kecenderumah produksi dan
pengeluaran gas-gas seperti Karbondioksida (C02), Metan (CH4),
Nitratoksida (N20), dan Cholorofluorokarbon (CFC)
berlangsung terus menerus seperti sekarang, suhu global akan meningkat lagi dengan 1.5 derajat sampai 4.5 derajat Celsius (green.kompasiana.com).
- Pemanasan Global ini menyebabkan banyak tumbuhan mati dan haiwan haiwan sukar untuk menjalani kehidupan. Banyak hutan yang ditebang secara tidak terkawal menyebabkan banjir . Akibatnya ketulan ais di Antartika akan mencair dan akan meningkatkan paras air laut.
Insafilah kegiatan seharian kita supaya bumi selamat dan hingga hujung nyawanya......
ReplyDelete