Kesan pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar telah
memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara
kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah
terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar
memberi kesan buruk.
Pencemaran memberi kesan yang
sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami
kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran
warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara
tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida.
Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber
makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga
menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan
kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal
mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa
juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida
yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan
haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana
bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan
tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan
penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada
sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang
digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang
sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan
lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga
menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila
gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam
awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan
yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan
air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Selain itu,kesan yang
paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa
kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan
global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi
disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam
udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah
banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku
juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia
pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang
bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan
persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan
lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru
yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan
pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya
telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum
di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi
kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan
menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam
sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini.
Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat
dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
Pencemaran tanah bermaksud
perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia
boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal.
Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap
pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna ,
tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan
tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu
sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang
memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa
toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa
nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap
yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu lagi kesan
pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena
yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang
sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa
bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti
manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum
bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada
dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan
rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku
hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki
bukit akan tergugat.
Kesan daripada
pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran
lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia
dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan
menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan
haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat
dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat
daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut
telah dipindahkan ke tempat lain.
Pencemaran air
berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna
dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi kesan kepada
para pengguna apabila menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama ada
dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di
sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan pencemaran
ini adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan
atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang
mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen
biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik,
pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran
fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh
perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya
menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah. Manakala
pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein,
karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun
serta tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan
daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik
tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah
tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil
sumber makanan hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat
penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir
dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun
rumpai, bakteria, virus, dan haloform.
Pencemaran air juga menjadi
masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan manusia
mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada
kanak-kanak.
|
Selain itu pencemaran
air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini.
Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang
sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke
dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut.
Selain daripada itu air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang
dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah
untuk dipandang akibat daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah
kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi,
apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan
menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di
permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit
dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam
sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
No comments:
Post a Comment